Pembentangan Latihan Industri Program Teknologi Bioindustri (SBT) Secara Platform Atas Talian

Seramai 8 orang pelajar daripada Program Teknologi Bioindustri (SBT) telah menjalani latihan industri bermula Oktober 2021 sehingga Januari 2022 untuk tempoh 4 bulan di pelbagai industri iaitu Bio Tree Biotechnology Sdn. Bhd., Hanc Global Food Sdn. Bhd., Kedah Bioresources Corporation Sdn. Bhd., Melaka Biotechnology Corporation, Prisma Laboratory (M) Sdn. Bhd., Top Biotech Sdn. Bhd., YTY Industry Sdn. Bhd. dan Ikop Pharma Sdn. Bhd. Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar lepasan diploma yang berjaya mendapat beberapa pengecualian kredit bagi beberapa subjek dan seterusnya dapat menamatkan pengajian dalam tempoh 7 semester sahaja. Setelah selesai menjalani latihan industri, para pelajar perlu membentangkan tugasan iaitu pengalaman kerja mereka sepanjang menjalani latihan industri di tempat latihan industri masing-masing. Pembentangan tersebut telah diadakan secara atas talian pada 27 Februari 2022 dan telah melibatkan 5 orang pensyarah SBT sebagai panel penilai. Maklumbalas yang baik telah diterima daripada pihak industri terhadap pelajar SBT tersebut sepanjang mereka menjalani latihan industri dan beberapa orang pelajar telah mendapat tawaran pekerjaan di tempat latihan industri mereka.

Dr Rosmawani Binti Mohammad